Aku ini jahat. sanggup lukakan hati seorang teman. bukan seorang, mungkin ramai lagi.
Sampai bila aku harus kejam.
Aku mahu jadi baik.
Bantu aku.
Bimbing aku.
Aku amat memerlukan.
*Allah disisiku.
Rabu, 31 Disember 2014
Heart
Pt3 Berakhir
alhamdulillah. walaupun result begitu, aku tetap bersyukur. agar aku dapat memilih yg terbaik utk masa depan.
SAY SORRY
Dear friend.
Sorry kerana berkecil hati dgn kata2 aku. Dulu aku tulis mengikut hati. Nafsu. Geram. Amarah. Aku khilaf. Maafkan aku. Aku bkn yg baik dan terbaik. Aku sedar aku manusia biasa yg tidak berhak menghukum sesiapa pun.
Congratulation. Tahniah atas kejayaan kamu. Aku berdoa agar kamu sentiasa berjaya dlm hidup. Harap persahabatan yg penuh cabaran ini dpt ditempuhi dan berkekalan hingga akhirnya.
Hanya Allah yg dpt mmisahkan kita.
From heart to heart,
naughty friend.
Khamis, 20 November 2014
apa yg kau fikir??
apa yg kau nk sebenarny??? serius,aq x fhm... andai aq tau ni yg aq terima sepanjang kwn dgn kau... aq x mau kenal kau langsung! kau ckp ja apa yg kau nk ckp, yg pasti, sebab kau sangat tidak logik.. islam melarang kita memutuskan hubungan silaturrahim ...
kalau kau buat aq mcm ni, aq pun boleh.. dh lama aq sabar, dah lama aq turunkan ego aq, tapi aq lgsung x dihargai... aq rasa dipermainkan...
aq rela bersendirian..
tahniah! kau betul2 buat hati aq patah!!!
selamanya kau tetap diingatan... thanks atas segala kebaikan kau, maafkan aq atas keburukanku, halalkan segalanya...
Sabtu, 13 September 2014
i will miss them..~ Abu Bakar's Group ~
Fighting PT3~ Zakwan,Azzam,Husaini,Hakim,Kamal,Shakir,Syafiq,Zul,Din,Hafiz,Firdhaus,Nazeef,Yazid,Nabil,Amin
Hanna,Izzah,Syahirah,Syamira,Syuhadah,Ainul,Laili, Najwa,Alya,Fina,Syabirah,Syazwani,Amy,Aina,Timi, Sazlina,Aishah,TieZ
<3 u all
EXAM PT3
Alhamdulillah, pra PT3 dah berakhir.. now, i just have < a month.. apa nak buat?? C ada lagi... huhu
Doakan saya berjaya.. sebab saya yakin saya boleh! saya boleh! saya kena usaha lagi... okeh#
#fightinggirlgirl!!
kawan2 yg berumur 15 tahun, saya doakan berjaya okeh!! ^_^
Khamis, 14 Ogos 2014
mubaraksmkab
Raya-raya Smkab
sambut raya kat sekolah, makann byk sangatt.. huhu, kitorang amik makanan byk pastu makan atas dataran.. sweet memo, i will miss my friend..
biar hati sakit
asal perasaan itu ada
tiada siapa yg tahu kesedihanku
mereka hanya lihat kegembiraan palsuku
walaupun hati dan perasaan penuh kesedihan tetapi
aku gembira melihat mereka gembira :)
Jumaat, 1 Ogos 2014
Jumaat, 4 Julai 2014
Punya hati milik Ilahi
Salam Ramadhan
Ramadhan menjelma, minta ibadat ditambah. pahala dipenuhi dosa dipadam^^
Khamis, 3 Julai 2014
maafkan daku kawan
maaf, saya tidak dapat menjadi kawan yang baik untuk kalian.. kalian terlalu baik sedangkan saya..... AllahuRabbi~
semoga saya dapat berubah menjadi lebih baik...
Jumaat, 27 Jun 2014
Saya Terpaksa~
Alahai~ sekian lama tidak menulis, ringan tangan ini menaip untuk hari ini..
Hari tak selalunya cerah
Hati tak selalunya indah
Awak semua, tolong beri pendapat buat saya...
bagaimana nak benci orang yang kita suka? saya taknak seka dengan dia tapi dia selalu buat saya semakin suka dengan dia....
Yang pasti saya taknak suka dekat dia~
#please! tolong saya munasabah diri saya''
Saya hanya hamba Allah yang hina, saya tak layak semua ini, saya taknak tambah dos saya yang dah banyak! saya harap kalian dapat membantu saya*
*Awak! saya tak suka awak, jangan muncul depan saya lagi!* _khas untuk AWAK_
Jumaat, 2 Mei 2014
uKhWaH fiLLaH
Khamis, 1 Mei 2014
apologizing to you
salam sayang mesra buat sahabat yang dirindui yang kini makin menjauhiku,
maaf sebab aq byk buat salah kt kamu semua, mungkin ini balasan utk org yg mcm aq ni.
walaupun makin dijauhi, aq makin sayang dan rindu yg x terucap...
ayat2 sweet xda ye wahai pembaca, cuma ayat2 kampung tapi bermakna bg diri ini...
maafkan aku,
mungkin ini sebagai pengajaran buat aku
tapi
aku mohon maafkan aku sebelum sangkakala ditiup..
aku rasa sangat berdosa kpd semua org
bagaimana aku nak tebus semua ni?
sempatkah?
maafkan aku,
mungkin soalan ini akan mengecilkan hati kamu semua
tapi soalan ini sentiasa bermain difikiran aku,
ikhlaskah mereka berkawan denganku?
ikhlas atau paksaan?
tapi itu semua hanya Allah yang mengetahui
sebagai manusia biasa
aku redha segalanya...
tapi
aku mohon
jauhi diriku sekiranya kamu terpaksa bersamaku
jangan memaksa diri
kelak diri menyesal..
terima kasih kerana selama ini menceriakan hidupku,
tanpamu mungkin aku masih mencari sinar persahabatan
mungkin belum sepenuhnya
tetapi
aku menghargainya
selamanya...
Friends Till Jannah, AllahuRabbi~
air mata menyesal,
Hamba Allah Yang Lemah
Khamis, 27 Mac 2014
kawan kita paling comel
Agak-agak kawan kita rindu kat kita dak???
~APA APA PUN AJAL,MAUT,PERTEMUAN DAN PERPISAHAN DI TANGAN ALLAH~
Khamis, 20 Mac 2014
SELAWAT AL FATIH @_@

# baca 71 kali setiap hari selepas solat fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada, InsyaAllah akan bersih bercahaya hati dan dipermudahkan segala urusannya.~
Cer Teka?
Agak-agak kawan kita tahu tak gambar kat atas ni siapa??? Cer teka..
Kalau rasa nak teka, post jawapan kawan kita pada shoutbox di sebelah... _smileforever_
Selasa, 11 Mac 2014
Jumaat, 28 Februari 2014
KISAH KETAQWAAN 4 SAHABAT UTAMA RASULULLAH
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasulullah,
keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu
yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya.
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama. Para Sahabat bertemu,
berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada
yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal
dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak
bercerita-cerita hal keburukan orang.
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid. Orang yang lalu di tepi
masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid kerana sunyi sepi
daripada perbualan. Kalau adapun Al Quran
dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu
orang macam masjid di zaman kita. Mereka di dalam masjid sangat
tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih,
selawat. Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia.
Masing-masing dengan dirinya masing-masing. Hening, tenang dan sepi.
Orang menyangka di masjid tidak ada orang.Mereka sangat menjaga
kehormatan masjid dan kesuciannya.
SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.
Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu
adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek-ngorek mulutnya hingga
muntah-muntah kemudian dia akan berkata, “Wahai Tuhanku, janganlah
Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang
telah bergaul dengan perut panjang.”
SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud,
tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan
kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga
menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya.
Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang
tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu
tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap
orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar
dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat
kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau
tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di
satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas
pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih
kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau
menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi
kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak
sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan.
Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah
memberi kelapangan pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi
wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan
menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar
hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau
sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata,
“Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.” Sayidina Umar mencintai
sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beli-au menanggalkan bajunya
dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian
beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam
keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda
dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni
itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku
di hari kiamat kelak?”
Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau
dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab,
“Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”
SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran se telah dikepung
selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu)
hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakai-an tidak
pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat
punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur
sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap
rakaat sembahyangnya.
“Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. ”
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.
Di sebalik surah al-Muddatsir

Alhamdulillah,berjaya juga akhirnya meluangkan masa walau sedikit dalam penulisan kali ni,..insyALLAH..perkongsian mengenai apa di sebalik al-Muddatsir ayat 1-5
surah al-Mudadatsir :
1-Merupakan surah yang ke 74
2-Mempunyai 56 ayat
3-Merupkan ayat Madaniyyah
Seorang daie/pendakwah/murobbi/pelajar/umat islam WAJIB merasakan surah ini di berikan bukan kepada Nabi Muhammad(khususnya) sahaja,akan tetapi ini merupakan seruan kepada semua umat islam demi menyebarkan da’wah islam.Anggaplah bahawa surah al-Mudattsir itu merupakan seruan wajib bagi kita.
Sebab Nuzul(Sebab turunnya surah al-Muddatsir)
Para ahli tafsir berkata : Rasulullah S.A.W sedang beribadah didalam Gua Hira’,tiba-tiba Jibril mendatanginya dengan ayat al-Quran yang mulia iaitu (ayat pertama dalam surah al-’alak(iqro’)) yang bermaksud “bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan…..” (merupakan ayat al-Quran pertama diturunkan)
Kemudian Rasullullah S.A.W terus pulang dalam keadaan hatinya gementar ketakutan dan baginda menyuruh kepada Siti Khadijah(isteri Nabi Muhammad S.A.W) menyelimutkan diri baginda dan kemudiannya turunlah surah surah al-Muzzammil yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam,kecuali sedikit masa…”dan kemudiannya wahyu terputus menyebabkan Rasulullah bersedih.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan Baginda mendengar satu suara dari langit,dan kemudiannya baginda mendongak.Rupa-rupanya malaikat yang mendatanginya di Gua Hira’ sebelum itu sedang duduk di atas kerusi diantara langit dan bumi.Baginda amat terkejut dan takut melihatkan malaikat tersebut.Maka Rasulullah S.A.W terus mendapatkan isterinya saraya menyuruh menyelimutkan baginda.Maka ALLAH menurunkan surah al-Muddatsir yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangun serta berilah peringatan dan amaran”
Sungguh amat dalam sekali sebab penurunan surah ini,dan ulama’ berselisih pendapat mengatakan bahawa surah al-muddtasir merupakan surah yang pertama di turunkan dan yang rojihnya adalah surah al-’alak yang pertama memandangkan surah al-muddatsir merupakan surah yang terputus setelah beberapa ketika tidak menerima wahyu atau fatrah al-wahyu.
apa yang nak saya kupas yang paling penting,apa KEPENTINGANNYA pada kita semua??!!
ayat pertama(sila lihat surah al-muddatsir ayat pertama dan kedua) yang membawa maksud
- “wahai orang yang berselimut!Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada umat islam)”
Kemudiannya ALLAH mengarah baginda agar memberi peringatan pada diri Baginda sendiri.
(sila lihat ayat ke tiga surah al-Muddatsir)yang mambawa maksud;
- “Dan tuhanmu,maka ucap dan ingatlah kebesaran-Nya!”
(sila lihat surah ke empat) yang membawa maksud
- “Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan”
(sila lihat ayat ke lima) yang membawa maksud
- “Dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi”
5 ayat dalam surah al-Muddatsir sudah cukup memberi impak(kesan) yang paling dalam sebagai seorang daie/pelajar/murabbi/umat islam.Jelas kepada kita bukan sengaja ALLAH S.W.T menurunkan surah ini hanya untuk peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,malah ianya patut bagi kita mengambil iktibar dalam setiap inci yang di firmankan ALLAH.Dan setiap yang di keluarkan itu membuatkan satu rumusan yang saya sendiri rasa ianya bernas iaitu berkaitan “AMAL” kita,bila kita jaga AMAL kita insyALLAH akhlak,minda,dan lain-lainya akan bertambah bagus dan sentiasa meniti setiap firman ALLAH S.W.T dalam surah ini.Jadi solusinya adalah berkaitan dengan
“AMAL”
Bila AMAL mantap,insyALLAH,ALLAH akan jaga kita semua dari melakukan keburukan di dunia.InsyALLAH semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T
Tiada daya upaya melainkan pertolongan kekuatan dari ALLAH S.W.T sahaja.Wallau’alam.
3 SYARAT MENDAPAT KEMANISAN IMAN

Maksud Hadith :
“Barang siapa yang ada padanya 3 SYARAT ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :
1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.
3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”
10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah
ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang
masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang
berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam
setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
RENUNG-RENUNGKANLAH~

















