Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasulullah,
keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu
yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya.
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama. Para Sahabat bertemu,
berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada
yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal
dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak
bercerita-cerita hal keburukan orang.
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid. Orang yang lalu di tepi
masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid kerana sunyi sepi
daripada perbualan. Kalau adapun Al Quran
dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu
orang macam masjid di zaman kita. Mereka di dalam masjid sangat
tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih,
selawat. Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia.
Masing-masing dengan dirinya masing-masing. Hening, tenang dan sepi.
Orang menyangka di masjid tidak ada orang.Mereka sangat menjaga
kehormatan masjid dan kesuciannya.
SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.
Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu
adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek-ngorek mulutnya hingga
muntah-muntah kemudian dia akan berkata, “Wahai Tuhanku, janganlah
Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang
telah bergaul dengan perut panjang.”
SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud,
tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan
kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga
menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya.
Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang
tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu
tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap
orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar
dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat
kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau
tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di
satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas
pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih
kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau
menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi
kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak
sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan.
Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah
memberi kelapangan pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi
wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan
menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar
hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau
sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata,
“Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.” Sayidina Umar mencintai
sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beli-au menanggalkan bajunya
dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian
beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam
keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda
dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni
itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku
di hari kiamat kelak?”
Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau
dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab,
“Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”
SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran se telah dikepung
selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu)
hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakai-an tidak
pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat
punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur
sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap
rakaat sembahyangnya.
“Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. ”
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.





0 ulasan:
Catat Ulasan