
Alhamdulillah,berjaya juga akhirnya meluangkan masa walau sedikit dalam penulisan kali ni,..insyALLAH..perkongsian mengenai apa di sebalik al-Muddatsir ayat 1-5
surah al-Mudadatsir :
1-Merupakan surah yang ke 74
2-Mempunyai 56 ayat
3-Merupkan ayat Madaniyyah
Seorang daie/pendakwah/murobbi/pelajar/umat islam WAJIB merasakan surah ini di berikan bukan kepada Nabi Muhammad(khususnya) sahaja,akan tetapi ini merupakan seruan kepada semua umat islam demi menyebarkan da’wah islam.Anggaplah bahawa surah al-Mudattsir itu merupakan seruan wajib bagi kita.
Sebab Nuzul(Sebab turunnya surah al-Muddatsir)
Para ahli tafsir berkata : Rasulullah S.A.W sedang beribadah didalam Gua Hira’,tiba-tiba Jibril mendatanginya dengan ayat al-Quran yang mulia iaitu (ayat pertama dalam surah al-’alak(iqro’)) yang bermaksud “bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan…..” (merupakan ayat al-Quran pertama diturunkan)
Kemudian Rasullullah S.A.W terus pulang dalam keadaan hatinya gementar ketakutan dan baginda menyuruh kepada Siti Khadijah(isteri Nabi Muhammad S.A.W) menyelimutkan diri baginda dan kemudiannya turunlah surah surah al-Muzzammil yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam,kecuali sedikit masa…”dan kemudiannya wahyu terputus menyebabkan Rasulullah bersedih.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan Baginda mendengar satu suara dari langit,dan kemudiannya baginda mendongak.Rupa-rupanya malaikat yang mendatanginya di Gua Hira’ sebelum itu sedang duduk di atas kerusi diantara langit dan bumi.Baginda amat terkejut dan takut melihatkan malaikat tersebut.Maka Rasulullah S.A.W terus mendapatkan isterinya saraya menyuruh menyelimutkan baginda.Maka ALLAH menurunkan surah al-Muddatsir yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangun serta berilah peringatan dan amaran”
Sungguh amat dalam sekali sebab penurunan surah ini,dan ulama’ berselisih pendapat mengatakan bahawa surah al-muddtasir merupakan surah yang pertama di turunkan dan yang rojihnya adalah surah al-’alak yang pertama memandangkan surah al-muddatsir merupakan surah yang terputus setelah beberapa ketika tidak menerima wahyu atau fatrah al-wahyu.
apa yang nak saya kupas yang paling penting,apa KEPENTINGANNYA pada kita semua??!!
ayat pertama(sila lihat surah al-muddatsir ayat pertama dan kedua) yang membawa maksud
- “wahai orang yang berselimut!Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada umat islam)”
Kemudiannya ALLAH mengarah baginda agar memberi peringatan pada diri Baginda sendiri.
(sila lihat ayat ke tiga surah al-Muddatsir)yang mambawa maksud;
- “Dan tuhanmu,maka ucap dan ingatlah kebesaran-Nya!”
(sila lihat surah ke empat) yang membawa maksud
- “Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan”
(sila lihat ayat ke lima) yang membawa maksud
- “Dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi”
5 ayat dalam surah al-Muddatsir sudah cukup memberi impak(kesan) yang paling dalam sebagai seorang daie/pelajar/murabbi/umat islam.Jelas kepada kita bukan sengaja ALLAH S.W.T menurunkan surah ini hanya untuk peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,malah ianya patut bagi kita mengambil iktibar dalam setiap inci yang di firmankan ALLAH.Dan setiap yang di keluarkan itu membuatkan satu rumusan yang saya sendiri rasa ianya bernas iaitu berkaitan “AMAL” kita,bila kita jaga AMAL kita insyALLAH akhlak,minda,dan lain-lainya akan bertambah bagus dan sentiasa meniti setiap firman ALLAH S.W.T dalam surah ini.Jadi solusinya adalah berkaitan dengan
“AMAL”
Bila AMAL mantap,insyALLAH,ALLAH akan jaga kita semua dari melakukan keburukan di dunia.InsyALLAH semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T
Tiada daya upaya melainkan pertolongan kekuatan dari ALLAH S.W.T sahaja.Wallau’alam.





0 ulasan:
Catat Ulasan