-->
� PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
skip to main | skip to sidebar

Gadis Lolipop

^_^ Friends are like rainbows..... They brighten your life after you've gone through a storm! ~ Allah always with you

Jumaat, 28 Februari 2014

KISAH KETAQWAAN 4 SAHABAT UTAMA RASULULLAH


Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya. Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama. Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang.

Mereka kalau ramai berada di dalam masjid. Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid kerana sunyi sepi daripada perbualan. Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita. Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat. Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia. Masing-masing dengan dirinya masing-masing. Hening, tenang dan sepi. Orang menyangka di masjid tidak ada orang.Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya.

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.
Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek-ngorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah bergaul dengan perut panjang.”

SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi kelapangan pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, “Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.”  Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beli-au menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?”
Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab, “Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran se telah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu) hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakai-an tidak pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya.

SAYIDINA ALI ABI TALIB
Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam terus Sayidina Ali menadah tangan dan berkata: “Telahku lihat para sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri sembahyang malam seraya membaca kitab Allah dan memper-gantikan tapak dan kening di tanah.
“Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. ”
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.

Dicatat oleh Chocolate Merah Jambu di 8:09 PTG 0 ulasan  

Di sebalik surah al-Muddatsir



Alhamdulillah,berjaya juga akhirnya meluangkan masa walau sedikit dalam penulisan kali ni,..insyALLAH..perkongsian mengenai apa di sebalik al-Muddatsir ayat 1-5
surah al-Mudadatsir :
1-Merupakan surah yang ke 74
2-Mempunyai 56 ayat
3-Merupkan ayat Madaniyyah
Seorang daie/pendakwah/murobbi/pelajar/umat islam WAJIB merasakan surah ini di berikan bukan kepada Nabi Muhammad(khususnya) sahaja,akan tetapi ini merupakan seruan kepada semua umat islam demi menyebarkan da’wah islam.Anggaplah bahawa surah al-Mudattsir itu merupakan seruan wajib bagi kita.
Sebab Nuzul(Sebab turunnya surah al-Muddatsir)
Para ahli tafsir berkata : Rasulullah S.A.W sedang beribadah didalam Gua Hira’,tiba-tiba Jibril mendatanginya dengan ayat al-Quran yang mulia iaitu (ayat pertama dalam surah al-’alak(iqro’)) yang bermaksud “bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan…..” (merupakan ayat al-Quran pertama diturunkan)
Kemudian Rasullullah S.A.W terus pulang dalam keadaan hatinya gementar ketakutan dan baginda menyuruh kepada Siti Khadijah(isteri Nabi Muhammad S.A.W) menyelimutkan diri baginda dan kemudiannya turunlah surah surah al-Muzzammil yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam,kecuali sedikit masa…”dan kemudiannya wahyu terputus menyebabkan Rasulullah bersedih.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan Baginda mendengar satu suara dari langit,dan kemudiannya baginda mendongak.Rupa-rupanya malaikat yang mendatanginya di Gua Hira’ sebelum itu sedang duduk di atas kerusi diantara langit dan bumi.Baginda amat terkejut dan takut melihatkan malaikat tersebut.Maka Rasulullah S.A.W terus mendapatkan isterinya saraya menyuruh menyelimutkan baginda.Maka ALLAH menurunkan surah al-Muddatsir yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangun serta berilah peringatan dan amaran”
Sungguh amat dalam sekali sebab penurunan surah ini,dan ulama’ berselisih pendapat mengatakan bahawa surah al-muddtasir merupakan surah yang pertama di turunkan dan yang rojihnya adalah surah al-’alak yang pertama memandangkan surah al-muddatsir merupakan surah yang terputus setelah beberapa ketika tidak menerima wahyu atau fatrah al-wahyu.
apa yang nak saya kupas yang paling penting,apa KEPENTINGANNYA pada kita semua??!!
ayat pertama(sila lihat surah al-muddatsir ayat pertama dan kedua) yang membawa maksud
    “wahai orang yang berselimut!Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada umat islam)”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB memikul tugas dalam memberi peringatan kepada siapa sahaja,dan meyelamatkan umat manusia dari lembah maksiat.Walau pun surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad tetapi bukannya di khususkan ibrahnya(pengajarannya) kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,tetapi kepada kita yang masih bergelar umat islam atau Hamba ALLAH.Ini yang kita patut buat.
Kemudiannya ALLAH mengarah baginda agar memberi peringatan pada diri Baginda sendiri.
(sila lihat ayat ke tiga surah al-Muddatsir)yang mambawa maksud;
    “Dan tuhanmu,maka ucap dan ingatlah kebesaran-Nya!”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB kembali kepada yang Maha Pencipta walau apa sahaja kerja yang kita lakukan.Sesungguhnya segala manusia,segala sesuatu,segala nilai,segala hakikat…..sebenarnya KECIL sahaja berbanding kuasa ALLAH.Maksudnya walau apa jua penat lelah dalam berda’wah,kesukaran, dan bebanan dalam memberi amaran kepad umat manusia kita mesti meletakkan kebesaran ALLAH mengatasi apa jua yang kita lakukan jadi dugaan-dugaan yang kecil seperti fitnah,tipu daya dan apa sahaja ketika kita berda’wah hendaklah kita merasa KECIL sahaja sebab hanya ALLAH sahaja yang Maha Besar,tiada apa yang lebih besar berbanding ALLAH..
(sila lihat surah ke empat) yang membawa maksud
    “Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB bersihkan HATI kita.Pakaian di sini bermaksud akhlak kita,hati kita,amalan kita,bukan bermaksud baju semata-mata dan ini merupakan kinayah(bahasa kiasan yang ALLAH S.W.T gunakan)Sebagai seorang umat islam kita hendaklah senantiasa membersihkan hati kita dalam perkara-perkara yang baik.Mana mungkin kita menyeru kepada kebaikan sedang kita sendiri masih melakukan kesilapan yang besar.Ini sangat menyalah dan sangat songsang dalam hukum ALLAH (rujuk surah al-Baqarah ayat 44).Jadi,sebagai seorang daie…jelas…kena bersihkan hati sebelum membersihkan hati orang lain.
(sila lihat ayat ke lima) yang membawa maksud
    “Dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB menjauhi apa sahaja bentuk perkara-perkara yang buruk seperti syirik kepada ALLAH dan amalan jahiliyyah yang lain dan sebagai seorang umat islam WAJIB bagi kita sentiasa berada dalam keadaan tidak melanggar hukum ALLAH S.W.T
5 ayat dalam surah al-Muddatsir sudah cukup memberi impak(kesan) yang paling dalam sebagai seorang daie/pelajar/murabbi/umat islam.Jelas kepada kita bukan sengaja ALLAH S.W.T menurunkan surah ini hanya untuk peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,malah ianya patut bagi kita mengambil iktibar dalam setiap inci yang di firmankan ALLAH.Dan setiap yang di keluarkan itu membuatkan satu rumusan yang saya sendiri rasa ianya bernas iaitu berkaitan “AMAL” kita,bila kita jaga AMAL kita insyALLAH akhlak,minda,dan lain-lainya akan bertambah bagus dan sentiasa meniti setiap firman ALLAH S.W.T dalam surah ini.Jadi solusinya adalah berkaitan dengan
“AMAL”
Bila AMAL mantap,insyALLAH,ALLAH akan jaga kita semua dari melakukan keburukan di dunia.InsyALLAH semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T
Tiada daya upaya melainkan pertolongan kekuatan dari ALLAH S.W.T sahaja.Wallau’alam.

Dicatat oleh Chocolate Merah Jambu di 8:01 PTG 0 ulasan  

3 SYARAT MENDAPAT KEMANISAN IMAN


Maksud Hadith :
“Barang siapa yang ada padanya 3 SYARAT ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :
1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.
3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”

Dicatat oleh Chocolate Merah Jambu di 7:59 PTG 0 ulasan  

10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

RENUNG-RENUNGKANLAH~

Dicatat oleh Chocolate Merah Jambu di 7:58 PTG 0 ulasan  

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)

lagu

Valentine's Day Pumping Heart

Blog Archive

  • ► 2016 (9)
    • ► Julai (1)
    • ► Jun (1)
    • ► April (2)
    • ► Mac (3)
    • ► Februari (1)
    • ► Januari (1)
  • ► 2015 (11)
    • ► November (2)
    • ► Ogos (2)
    • ► Julai (1)
    • ► Jun (4)
    • ► Mac (2)
  • ▼ 2014 (24)
    • ► Disember (3)
    • ► November (1)
    • ► September (2)
    • ► Ogos (2)
    • ► Julai (3)
    • ► Jun (1)
    • ► Mei (4)
    • ► Mac (4)
    • ▼ Februari (4)
      • KISAH KETAQWAAN 4 SAHABAT UTAMA RASULULLAH
      • Di sebalik surah al-Muddatsir
      • 3 SYARAT MENDAPAT KEMANISAN IMAN
      • 10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA
  • ► 2013 (29)
    • ► Disember (1)
    • ► November (1)
    • ► Oktober (2)
    • ► September (2)
    • ► Ogos (9)
    • ► Julai (3)
    • ► Jun (2)
    • ► Mei (2)
    • ► April (1)
    • ► Mac (2)
    • ► Februari (2)
    • ► Januari (2)
  • ► 2012 (13)
    • ► Disember (4)
    • ► November (2)
    • ► September (3)
    • ► Ogos (2)
    • ► Februari (1)
    • ► Januari (1)
  • ► 2011 (4)
    • ► Disember (3)
    • ► Oktober (1)

About Me

Foto Saya
Chocolate Merah Jambu
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut


tiktok




bubble